-
Ibu rindui anaknya yang hilang sejak 13 tahun lalu
Written by admin
Tuesday, 11 May 2010 06:56
|

|
|
BEGINILAH wajah Numi sebelum meninggalkan keluarganya 13 tahun yang lalu.
|
KENINGAU: Setelah 13 tahun berlalu keluarga Numi Runi akhirnya membuat laporan polis untuk mengesan di mana beliau berada pada masa ini.
Numi yang keluar dari kampung halamannya pada tahun 1997 untuk mencari pekerjaan di Kota Kinabalu tidak pernah menghubungi ibu bapa dan keluarga terdekatnya sehingga kini.
Menurut Abangnya Sius Runi 42, Numi anak kelima dari lapan adik beradik meninggalkan kampung halamannya semasa berumur 17 tahun.
Namun katanya, pada tahun 1999 Numi dikatakan sudah berkahwin dengan seorang tentera yang berasal dari Pulau Gaya.
“Itu pun kami hanya mendengarnya dari cerita yang meniti dari mulut ke mulut kerana Numi tidak pernah menghubungi kami sejak ia keluar dari kampung,” kata Sius kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Beliau berkata, selepas itu mereka tidak lagi mendengar apa-apa khabar daripada Numi.
“Memandangkan kami tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar sebarang khabar dari Numi, kami tidak tahu sama ada beliau masih ada atau sebaliknya” jelas Sius.
Read more...
-
Insentif baru guru bakal diumum: TPM
Written by admin
Tuesday, 11 May 2010 00:36
SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan, pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata dasar itu dijangka mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain. "Kementerian sedang menimbang untuk menambah baik dasar bagi guru yang mengajar di pedalaman, yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi," katanya pada majlis dialog dengan guru dan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Sacred Heart, di sini, semalam. Muhyiddin berkata, satu kajian juga perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar dengan mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara, termasuk 1,500 di Sarawak. – Bernama
-
Keputusan Rasmi Pertandingan Memancing Pesta Kaamatan 2010
Written by admin
Monday, 10 May 2010 14:46
Keputusan Rasmi Pertandingan Memancing Pesta Kaamatan 2010 Pada 09 Mei 2010 (Ahad) di Kolam Siba Kg. Merampong, Keningau
Johan :Sofyan Awang, nombor peserta 57- ikan patin 4.4kg
Naib Johan : Aying Amingo, nombor peserta 03- ikan patin 1.7kg
Ketiga :Felix Ongkas - ikan patin berat 1.4kg
Ke-4 : Jerry Ungkir Dee, nombor peserta 01 - ikan patin 1.2kg
Ke-5 : Juslee Omar, nombor peserta 33 - ikan patin 1.2kg
Ke-6 - Norfarizah Abdullah, nombor peserta 102 - ikan patin 1.1kg
Ke-7- Frankie Aidi,nombor peserta 05 - ikan patin 1.1kg
Ke-8- Mokrin Aspir, nombor peserta 20 - ikan patin 800gm
Ke-9 - Azlizah Mahmud, nombor peserta 39 - ikan patin 470gm
Ke-10- Fazaldin Hussin, nombor peserta 75, ikan lampam 350gm
-
Keningau:Orang awam dinasihat tidak ambil minuman beralkohol berlebihan
Written by admin
Monday, 10 May 2010 14:28
KENINGAU : Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohammed, menasihatkan orang awam di daerah ini supaya jangan mengambil minuman yang beralkohol yang berlebihan pada perayaan Pesta Kaamatan bulan ini.
Katanya, orang awam perlu berhati-hati dan jangan menganggap bulan Pesta Kaamatan sebagai pesta untuk minum minuman keras.
“Kita keluarkan nasihat ini kerana minggu lepas terdapat lima lelaki yang ditahan kerana bertindak menggangu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan semasa dipengaruhi alkohol.
Katanya, kejadian itu amat membimbangkan kerana melibatkan senjata buatan sendiri ‘bakakuk’ dan parang yang digunakan oleh dua lelaki mengancam keselamatan orang lain.
Read more...
-
Chelsea gondol juara Liga Perdana Inggeris
Written by admin
Monday, 10 May 2010 01:14
LO NDON: Chelsea meraih juara Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melengkapkan perlawanan terakhir musim ini dengan kemenangan bergaya mengalahkan Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge, malam tadi.
Didier Drogba menjaringkan hatrik, sekail gus menjadi penjaring terbanyak liga dengan 29 gol.
Nyata skuad bimbingan Carlo Ancelotti menepati ramalan awal mampu merebut tahta liga daripada juara b

ertahan Manchester United, yang menewaskan Stoke City 4-0 juga pada perlawaan terakhir mereka, malam tadi.
Kemenangan United itu tidak bermakna kerana mereka mengkehendaki Chelsea tewas atau sekurang-kurangnya seri dengan Wigan.
Nicolas Anelka pula memperoleh dua gol manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing menyumbat satu gol perlawanan berat sebelah apabila Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain.
Chelsea berjaya menyekat United untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19
helsea juga bakal mengondol satu lagi trofi apabila beraksi pada perlawanan final Piala FA bertemu Portsmouth, minggu depan.
"Ia sesuatu yang amat berat untuk melihat United menang kejuaraan liga setiap musim," kata kapten Chelsea, John Terry.
"Kini tiba giliran kami pula untuk mereka melihat kejayaan kami," katanya. - Reuters
.
Last Updated on Monday, 10 May 2010 14:59
-
Hargai pengorbanan ibu
Written by admin
Saturday, 08 May 2010 10:03
PENGHORMATAN yang tinggi kepada ibu menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan tersebut.
Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.
Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 9 Mei. Antara negara lain yang turut memilih hari Ahad kedua bulan Mei sebagai Hari Ibu ialah Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan Singapura.
Terdapat negara yang memilih tarikh lain bagi menyambut Hari Ibu, misalnya Sweden menyambut Hari Ibu pada Ahad terakhir dalam bulan Mei, Norway pada Ahad kedua pada Februari dan Poland memilih sambutan Hari Ibu pada tarikh 26 Mei.
Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara.
Last Updated on Sunday, 09 May 2010 13:59
Read more...
-
Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah
Written by admin
Saturday, 08 May 2010 09:19
Judi beri kesan negatif, imej buruk kepada negara dengan majoriti rakyat beragama Islam KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin Umno kerana ia akan memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
“Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Last Updated on Monday, 10 May 2010 15:00
Read more...
-
Nabawan:Sembilan rumah dilapor hanyut di Pensiangan akibat banjir
Written by admin
Friday, 07 May 2010 17:09
NABAWAN: Sekurang-kurangnya sembilan rumah dilaporkan hanyut di Pensaingan akibat banjir Sungai Tagol dan Saliu kelmarin.
Ahli Dewan UndanganNegeri (Adun) Nabawan Datuk Bobbey Suan ketika dihubungi kelmarin mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian banjir itu.
Bagaimanapun katanya, beliau yang cuba menggunakan helikaptor untuk meninjau keadaan banjir itu kelmarin tidak dapat berbuat demikian kerana cuaca tidak mengizinkan.
Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk meninjau keadaan di Pensiangan esok (hari ini).
“Kita akan pastikan keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan kemungkinan lain-lain keperluan diberi bantuan secepat mungkin,” katanya.
Beliau meminta supaya pemimpin di peringkat kampung memberi laporan yang terperinci kepada jabatan-jabatan yang berkaitan agar bantuan dapat disalurkan dengan tepat.
Read more...
|
|