-
Keningau:Dua wanita ditahan positif dadah
Written by admin
Tuesday, 18 May 2010 08:35
KENINGAU: Dua wanita warga asing ditahan polis di tempat yang berasingan pada Sabtu dan Ahad kerana positif dadah dan disyaki menyimpan dadah.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, seorang daripada mereka adalah warga Indonesia berumur 29 tahun dan tiada dokumen pengenalan diri ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kg. Patikang Ulu kira-kira jam 11.00 malam pada Sabtu.
Sepasukan polis dari Bahagian Narkotik IPD di sini yang diketuai oleh Ketuanya ASP Mohd. Yassin Hj. Sagap bertindak berdasarkan maklumat yang diterima membuat serbuan dan menangkap wanita itu.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah berkenaan, wanita itu telah menunjukkan barang bukti satu bekas tin eclipse dan didalamnya mengandungi satu peket plastik dan tujuh tiub straw berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu beratnya dianggar 5.2 gram,” kata Zahari kepada media di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini kelmarin.
Read more...
|
-
BANDUAN LARIKAN DIRI DARI PENJARA DIBURU POLIS
Written by admin
Sunday, 16 May 2010 14:33
|

|
| ANAS.. melarikan diri dengan memanjat tembok penjara. |
16th May, 2010
TAWAU: Seorang banduan warga Indonesia yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tawau kerana kesalahan merogol seorang kanak-kanak, melarikan diri dari penjara berkenaan pagi kelmarin.
Berikutan itu, pihak polis dan Jabatan Penjara segera melakukan operasi memburu banduan itu, termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi di daerah ini.
Banduan terbabit dikenali sebagai Anas Omar, 27, dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada awal tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, Anas dipercayai melarikan diri di antara jam 7 dan 10 pagi dengan cara memanjat pagar tembok penjara.
Read more...
-
M'rakat bumiputera perlu berani sahut cabaran: Bobbey
Written by admin
Sunday, 16 May 2010 14:32
NABAWAN: Masyarakat bumiputera pada hari ini perlu berani menyahut cabaran dan mesti berubah hadapi dunia globalisasi.
Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey Suan, berkata masyarakat bumiputera perlu menerokai penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk bersaing dengan kaum lain.
Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan berkata, masyarakat negara-negara lain di dunia pada hari ini sudah menggunakan sistem IT yang lebih canggih dalam apa juga urusan kehidupan harian mereka.
“Ke arah itulah yang perlu dicapai oleh masyarakat bumiputera di negeri ini khususnya masyarakat di kawasan Pedalaman,” katanya semasa berucap merasmikan Program Sepakat Bestari peringkat daerah Nabawan di Tamu Pekan di sini pada malam Khamis.
Read more...
-
Selamat Hari Guru
Written by admin
Saturday, 15 May 2010 12:14
"Selamat Hari Guru"
-
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Kini Semakin Semakin Pesat Membangun
Written by admin
Thursday, 13 May 2010 04:30
SEBELUM menjadi tapak gedung ilmu ia hanya dikenali sebagai Bukit Langsat yang masih diselubungi hutan dengan flora dan faunanya yang menjadi tumpuan unggas di udara dan haiwan yang melata di bumi.
Bukit ini juga menjadi kawasan memburu bagi penduduk di sekitarnya dan dikatakan pernah menjadi tempat persembunyian penduduk semasa perang dunia kedua dahulu.
Namun pada tahun 1982 bermulalah sejarah kewujudan Maktab Perguruan Keningau yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau apabila pembinaannya dilaksanakan di tapak seluas 40 hektar.
Usaha mendapatkan tanah yang menjadi tapak IPG ini adalah atas inisiatif Tan Sri Suffian Koroh anak watan daerah Keningau yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.
Read more...
-
Kampus Pusat Asasi Sains UMS kini di Keningau
Written by admin
Thursday, 13 May 2010 04:15
KENINGAU: Selepas lebih sepuluh tahun menunggu, akhirnya Kampus Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwujudkan di Keningau.
“Ini adalah berita baik bagi rakyat di Keningau,” demikian reaksi pertama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Hj. Karno kepada akhbar ini semasa ditemui di satu majlis bersama rakyat di Keningau.
Sairin berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu sejak lebih 15 tahun yang lalu dan kini ia menjadi satu kenyataan.
Pengwujudan kampus itu diumumkan oleh Naib Camselor UMS, Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Haji Ampon, di majlis perasmian Perpustakaan Mini Desa Cemerlang Kebangsaan, Kampung Bayangan beberapa hari yang lalu.
Read more...
-
Penduduk Kampung Lingkudau minta pihak berkenaan atasi hakisan tebing sungai
Written by admin
Wednesday, 12 May 2010 03:56
KENINGAU: Penduduk Kg. Lingkudau dekat sini yang terdedah dengan hakisan tebing sungai Bariawa meminta pihak berkenaan supaya mengatasi masalah itu.
Hakisan tebing sungai itu berlaku apabila banjir dan mengancam keselamatan rumah penduduk yang berhampiran dengan tebing sungai.
Jurucakap penduduk Amir Jani berkata, banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan tebing runtuh dan nyaris-nyaris memusnahkan sebuah rumah yang terletak di tebing sungai.
Katanya, jika hakisan tebing itu tidak diatasi dalam masa terdekat, ia dikhuatiri memusnahkan rumah penduduk yang kini hampir jatuh ke sungai.
Amir yang juga Pemaju Mukim Lingkudau berkata, masalah hakisan itu dapat diatasi dengan menambak tebing sungai berkenaan.
Read more...
-
Ibu rindui anaknya yang hilang sejak 13 tahun lalu
Written by admin
Tuesday, 11 May 2010 06:56
|

|
|
BEGINILAH wajah Numi sebelum meninggalkan keluarganya 13 tahun yang lalu.
|
KENINGAU: Setelah 13 tahun berlalu keluarga Numi Runi akhirnya membuat laporan polis untuk mengesan di mana beliau berada pada masa ini.
Numi yang keluar dari kampung halamannya pada tahun 1997 untuk mencari pekerjaan di Kota Kinabalu tidak pernah menghubungi ibu bapa dan keluarga terdekatnya sehingga kini.
Menurut Abangnya Sius Runi 42, Numi anak kelima dari lapan adik beradik meninggalkan kampung halamannya semasa berumur 17 tahun.
Namun katanya, pada tahun 1999 Numi dikatakan sudah berkahwin dengan seorang tentera yang berasal dari Pulau Gaya.
“Itu pun kami hanya mendengarnya dari cerita yang meniti dari mulut ke mulut kerana Numi tidak pernah menghubungi kami sejak ia keluar dari kampung,” kata Sius kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Beliau berkata, selepas itu mereka tidak lagi mendengar apa-apa khabar daripada Numi.
“Memandangkan kami tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar sebarang khabar dari Numi, kami tidak tahu sama ada beliau masih ada atau sebaliknya” jelas Sius.
Read more...
-
Insentif baru guru bakal diumum: TPM
Written by admin
Tuesday, 11 May 2010 00:36
SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan, pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata dasar itu dijangka mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain. "Kementerian sedang menimbang untuk menambah baik dasar bagi guru yang mengajar di pedalaman, yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi," katanya pada majlis dialog dengan guru dan anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Sacred Heart, di sini, semalam. Muhyiddin berkata, satu kajian juga perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar dengan mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara, termasuk 1,500 di Sarawak. – Bernama
|
|
|
|
|
|
Page 6 of 46 |