Terima kasih atas kunjungan anda

keningaukini

  • Sabah tangga kedua negeri paling ramai belajar di OUM

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Pengarah Open University Malaysia (OUM) Wilayah Sabah, Lamjin Atoh berkata, Sabah berada di tangga kedua sebagai negeri paling ramai di negara ini belajar di universiti itu, selepas Kuala Lumpur.

    “Pelajar OUM kini mencapai 15,000 orang,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Majlis Makan Malam Silaturahim Pelajar SMP Pedalaman dan Open University Malaysia Keningau 2010.

    Lamjin berkata, ketika universiti itu mula bertapak di Sabah pada tahun 2002, hanya kira-kira 53 orang yang mendaftar sebagai pelajar, tetapi kini bilangannya mencacah sehingga 15,000 orang.

    “Saya benar-benar bangga dengan peningkatan ini,” katanya dan menambah, sasarannya ialah memastikan OUM sebagai salah sebuah universiti pilihan tinggi di kalangan rakyat Sabah menjelang Tahun 2015.

    Read more...
 
  • Keningau:Peniaga sorok gula ditahan

    PDF Print E-mail

    KENINGAU 9 Jun - Tindakan seorang peniaga kedai runcit menyorok bekalan gula mengundang padah apabila dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat


    ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK merampas 1.37 tan gula yang disorok dalam rumah peniaga di Keningau, kelmarin.
    penguat kuasa KPDNKK Sabah merampas 1.37 metrik tan gula bernilai RM2,534 yang disorokkan di sebuah premis di Keningau, Sabah, kelmarin.

    Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) dalam satu serbuan di sini semalam.

    Dalam serbuan pukul 10.45 pagi, sejumlah 1.37 tan gula bernilai RM2,534 ditemui disorok dalam rumah peniaga itu.

    Ketua Cawangan PPDNKK Keningau, A. Runji Abd. Hamid berkata, peniaga yang membuka kedai runcit kira-kira 10 kilometer dari pekan ini dilaporkan menyorok bekalan gula yang sepatutnya dijual kepada orang ramai.

    "Hasil maklumat awam, sepasukan pegawai penguat kuasa menyerbu rumah peniaga itu dan menemui bekalan gula yang dipercayai diperoleh terus daripada pembekal di Kota Kinabalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    A. Runji berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

    Katanya, jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    Beliau menambah, berikutan penemuan itu pihaknya akan meningkatkan pemantauan kerana yakin kegiatan menyorok barang kawalan berkenaan masih berlaku di daerah ini walaupun bekalan gula sudah pulih.

    Katanya, KPDNKK tidak akan berkompromi dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga atau individu yang cuba menyorok barang kawalan itu.

 
  • Keningau:LEMBU 'ANCAM' NYAWA PENGGUNA

    PDF Print E-mail

    Beginilah pemandangan lembu-lembu di kawasan Trans Pegalan, yang telah membentuk kloni mengakibatkan pengguna jalan raya terpaksa bersabar atau mencari jalan alternatif, yang akhirnya punca kepada kemalangan berlaku

    KENINGAU: Lembu-lembu yang masih berkeliaran di jalan-jalan utama di daerah ini, semakin mengancam nyawa pengguna.

    Terbaru, dua kenderaan di Trans Pegalan terbabas dan hampir mencederakan pemandu, ketika mengelak binatang ternakan itu.

    Sepanjang tahun lepas sekurang-kurangnya 20 kemalangan disebabkan mengelak lembu di beberapa tempat berasingan di Keningau.

    “Keadaan ini sungguh membosankan,” – jelas seorang pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Alex, 46.

    Masalah lembu berkeliaran di Keningau sudah menjadi isu besar, yang diperkatakan sejak lebih 30 tahun yang lalu.

    Pihak berkuasa tempatan telah melakukan pelbagai kaedah untuk menangani masalah itu, dan ini termasuk menyita binatang ternakan terbabit, namun sehingga kini ia masih menjadi masalah besar dan tidak dapat ditangani.

    Read more...
 
  • Keningau :Usia bantah keras konsert Inul Daratista

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau Usia membantah keras konsert ‘raja gelek Indonesia – Inul’ di Keningau.

    Naib Ketua pertubuhan itu, Mohd Zaki Laumin,  memberitahu dalam satu temuramah;

    “Konsert itu tidak sesuai sama sekali diadakan di sebuah bandar yang pembangunan agama Islam sedang diperkasakan.”

    Katanya, gaya persembahan Inul Daratista boleh mempengaruhi akhlak golongan remaja.

    “Perjuangan kita di sini adalah untuk memperkasakan akhlak generasi muda, dan kita tidak mahu pemikiran golongan ini terpesong dengan pengaruh hiburan yang seperti itu,” katanya.

    Inul dijangka akan membuat persembahan di sini pada 28 Mei ini, melalui satu pakej hiburan panas yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang tidak dinamakan.

    Zaki berkata, Usia memandang serius penganjuran konsert itu dan mendesak kerajaan supaya campur tangan.

    “Kita bukan menentang pembangunan hiburan, tetapi kita perlu berhati-hati terhadap setiap bentuk hiburan yang dibawa ke bandar ini,” katanya dan mempersoalkan;

    “Bagaimana permit konsert itu boleh diluluskan tanpa sebarang penapisan,”.

    Read more...
 
  • Tenom:500 penduduk di Ulu Sungai Tomani rayu k'jaan atasi masalah tiada jambatan

    PDF Print E-mail

    TENOM: Kira-kira 500 penduduk di empat kampung di Ulu Sungai Tomani merayu supaya kerajaan mengatasi ketiadaan jambatan di sungai itu yang menjadi laluan harian mereka.

    Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Alutok, Angilik @ Tamrin Unin, berkata sungai yang tiada jambatan itu menjadi laluan utama penduduk sama ada ke ladang atau ke Pekan Tenom.

    “Kami bimbang dengan ketiadaan jambatan sungai itu kerana ia sukar dilalui oleh kenderaan pada musim banjir,” katanya.

    Katanya, ketiadaan jambatan itu membimbangkan penduduk di kampung terbabit seperti Kg. Alutok, Kg. Kaang, Kg. Ahisal dan Kg. Malutut kerana arus sungai itu deras dan boleh mengancam keselamatan penduduk.

    Read more...
 
  • Jangan terpedaya skim pelaburan: Zahari

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Jangan terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi tidak mempunyai perjanjian yang kukuh.

    Demikian peringatan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed , kepada orang masyarakat di daerah ini.

    Katanya, terdapat banyak skim pelaburan yang wujud sama ada melalui internet dan juga melalui sistem rakan kongsi perniagaan malah me- lalui pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh individu dan syarikat.

    Sejak kebelakangan ini katanya, terdapat individu yang merasa tertipu dan membuat laporan kepada polis.

    Read more...
 
  • Keningau:Dua wanita ditahan positif dadah

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Dua wanita warga asing ditahan polis di tempat yang berasingan pada Sabtu dan Ahad kerana positif dadah dan disyaki menyimpan dadah.

    Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, seorang daripada mereka adalah warga Indonesia berumur 29 tahun dan tiada dokumen pengenalan diri ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kg. Patikang Ulu kira-kira jam 11.00 malam pada Sabtu.

    Sepasukan polis dari Bahagian Narkotik IPD di sini yang diketuai oleh Ketuanya ASP Mohd. Yassin Hj. Sagap bertindak berdasarkan maklumat yang diterima membuat serbuan dan menangkap wanita itu.

    “Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah berkenaan, wanita itu telah menunjukkan barang bukti satu bekas tin eclipse dan didalamnya mengandungi satu peket plastik dan tujuh tiub straw berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu beratnya dianggar 5.2 gram,” kata Zahari kepada media di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini kelmarin.

    Read more...
 
  • BANDUAN LARIKAN DIRI DARI PENJARA DIBURU POLIS

    PDF Print E-mail

    ANAS.. melarikan diri dengan memanjat tembok penjara.

    16th May, 2010

    TAWAU: Seorang banduan warga Indonesia yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tawau kerana kesalahan merogol seorang kanak-kanak, melarikan diri dari penjara berkenaan pagi kelmarin.

    Berikutan itu, pihak polis dan Jabatan Penjara segera melakukan operasi memburu banduan itu, termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi di daerah ini.

    Banduan terbabit dikenali sebagai Anas Omar, 27, dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada awal tahun.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, Anas dipercayai melarikan diri di antara jam 7 dan 10 pagi dengan cara memanjat pagar tembok penjara.

    Read more...
 
  • M'rakat bumiputera perlu berani sahut cabaran: Bobbey

    PDF Print E-mail

    NABAWAN: Masyarakat bumiputera pada hari ini perlu berani menyahut cabaran dan mesti berubah hadapi dunia globalisasi.

    Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey Suan, berkata masyarakat bumiputera perlu menerokai penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk bersaing dengan kaum lain.

    Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan berkata, masyarakat negara-negara lain di dunia pada hari ini sudah menggunakan sistem IT yang lebih canggih dalam apa juga urusan kehidupan harian mereka.

    “Ke arah itulah yang perlu dicapai oleh masyarakat bumiputera di negeri ini khususnya masyarakat di kawasan Pedalaman,” katanya semasa berucap merasmikan Program Sepakat Bestari peringkat daerah Nabawan di Tamu Pekan di sini pada malam Khamis.

    Read more...
 


Page 5 of 46

Online

We have 6 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan