-
Keningau: Pantau semua premis agar peniaga tidak sorok gula- Radin
Written by admin
Sunday, 30 August 2009 04:21
KENINGAU: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh meminta Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) di setiap daerah di negeri ini agar memantau setiap premis perniagaan bagi memastikan tidak ada peniaga yang menyorok gula. Katanya, tindakan KPDNKK amat perlu agar tidak ada peniaga terutama pemborong bahan kawalan harga itu mengambil kesempatan menyorok gula sehingga menyebabkan kekurangan bekalan gula di sesuatu kawasan.
Radin yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Liawan dan Bingkor di hotel perkasa di sini, kelmarin. Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan terdapat segelintir peniaga yang menyorok gula. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap itu berkata, jika dakwaan itu berasas, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan undang-undang yang sedia ada. Katanya, tindakan segelintir peniaga yang menyorokkan gula menyebabkan pengguna panik dan melakukan pembelian panik.
Last Updated on Sunday, 14 February 2010 13:27
Read more...
-
Menghitung Gaji Bulanan Dan Perbelanjaan Bulanan
Written by admin
Saturday, 29 August 2009 16:35
Saya tertarik dengan komen “cicak” dalam artikel “Cuepacs mohon kerajaan timbang bonus penjawat awam” . “..Kita sebagai rakyat ni kana racun utak bah dari mula2. Kana brainwash. Sama macam yang media massa buat. Dia kasi set utak kita yang kita skrg ni sudah ‘tinggi gaji’ walhal kalau kira dari segi perbelanjaan ‘kebiasaan’, RM3000 tu bukanlah besar sangat.” RM3000/= ? EH! Tu tinggi tu” kata segelintir orang yang masih bepikir macam katak di bawah tempurung. Kalau kerajaan membanding itu ini,
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 05:42
Read more...
-
Keningau: Sairin kecewa terhadap cara MDK urustadbir Pasar Malam Keningau
Written by admin
Friday, 28 August 2009 04:18
KENINGAU: “Saya sungguh kecewa dan terkejut,” – demikian jawapan yang diberikan oleh Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno kepada wartawan selepas melakukan lawatan mengejut di tapak Pasar Malam Keningau pada Rabu. Sambil berkata, pasar malam itu tidak diurustadbir dengan baik, kotor dan dalam situasi tertentu tidak selamat untuk pengguna, Sairin dengan tegas menekankan: “Saya mahu penstrukturan serta-merta dibuat dengan memberikan keutamaan kepada penjaja tempatan”. Sairin yang meluahkan rasa terkejut, apabila mendapati terdapat warga asing menjalankan perniagaan di lot yang strategik, berbanding penjaja tempatan berkata: “Kenapa perkara ini berlaku?,” soalnya dan menambah, sejak sekian lamanya beliau diberikan laporan bahawa ‘tidak terdapat warga asing dibenarkan berjaja di tapak Pasar Malam Keningau’.
Namun laporan itu katanya, tidak benar dan Majlis Daerah Keningau (MDK) perlu bertindak segera dengan berpandukan undang-undang yang sedia ada. “Anda hanya perlu komited untuk menguatkuasakan,” katanya. Sepanjang lebih 50 minit di tapak itu, Sairin menemui dan bertukar-tukar pandangan dengan penjaja, yang kesemuanya berkisar rasa tidak puas hati dengan dasar pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK) yang mereka sifatkan sebagai tidak memihak kepada kebajikan penjaja tempatan.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:35
Read more...
-
Keningau: Peribumi, Kepengguna sedih kematian askar Wataniah
Written by admin
Friday, 28 August 2009 04:21
KENINGAU : Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) dan Kelab Pengguna Keningau (Kepengguna) kecewa dengan tragedi kematian seorang askar Wataniah – Akoi Bin Andiman, 29, disebabkan tertembak dengan bakakuk (senapang buatan sendiri). Dalam dua kenyataan berasingan, Peribumi menimbulkan persoalan, bagaimana seorang anggota askar wataniah memiliki senjata haram.
“Tidak sepatutnya berlaku,” jelas kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu. Peribumi mendesak supaya pihak keselamatan melakukan sesuatu agar pemilikan bakakuk dibanteras dengan segera. Sebelum ini polis Keningau memberi peluang kepada orang ramai, supaya menyerahkan bakakuk yang mereka miliki kepada polis, melalui tempoh ‘tidak dikenakan tindakan’ yang berjalan selama satu bulan.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:05
Read more...
-
Keningau: 'Berani mati'
Written by admin
Thursday, 27 August 2009 23:53

GADAI NYAWA ... Dengan gaya selamba, pelajar yang mengelarkan diri sebagai ‘berani mati’ melintas jalan melalui cela-cela kenderaan, tanpa takut dan gentar menghadapi kemalangan.
KENINGAU: “Berani mati” – ini antara perkataan yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, bagi menjawab soalan wartawan kenapa memilih laluan bahaya untuk ke sekolah, sedangkan jejambat telahpun disediakan. “Mereka tidak mungkin akan melanggar kami,” demikian jawapan pelajar yang lain, sekaligus mendedahkan kualiti displin pelajar tersebut terlalu rendah. Persoalannnya, kenapa perbuatan pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah menengah yang terletak dalam kawasan pekan itu, gagal dibanteras selepas kisah jejambat yang berharga ratusan ribu ringgit telah berkali-kali didedahkan sebagai ‘gajah putih’, kerana tidak digunakan oleh pengguna. Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata masyarakat menuding ke arah pihak ber- kuasa tempatan, khususnnya Majlis Daerah Keningau (MDK) apa yang mereka sifat- kan sepatutnya menguatkuasa undang-undang. “Terdapat undang-undang kecil yang membolehkan MDK menyaman pengguna yang tidak menggunakan jejambat, ketika menyeberang jalanraya,” jelas seorang responden yang mahu dikenali sebagai Wati. Selain golongan pelajar dan remaja, terdapat juga orang dewasa yang sanggup ‘berani mati’, semata-mata untuk mengejar masa ke lokasi yang dituju. Persoalannya, apabila terjadi kemalangan – mangsa atau keluarga sering kali menjadi kerajaan sebagai sasaran untuk dipersalahkan.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:05
-
Nabawan, Tenom alami kekurangan rumah guru
Written by admin
Monday, 24 August 2009 13:44
NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Bobbey Suan meminta Kementerian Pelajaran supaya masalah kekurangan rumah guru di daerah ini diatasi untuk memberi keselesaan kepada guru-guru yang bertugas di beberapa buah sekolah di daerah ini. Katanya, beberapa sekolah termasuk sekolah menengah di daerah ini mengalami masalah kekurangan guru menyebabkan ada di kalangan guru-guru yang bertugas di kawasan ini terpaksa berulang alik dari Keningau ke sekolah tempat bertugas. Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah ber- kata, ini disebabkan daerah Nabawan tidak mempunyai rumah sewa yang cukup. Keadaan ini katanya, me- nimbulkan masalah kepada guru-guru yang bertugas di beberapa buah sekolah di daerah ini.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:05
Read more...
-
Keningau:Projek kelas tambahan SK Luagan terbengkalai tiga bulan lalu mengecewakan
Written by admin
Monday, 24 August 2009 13:43
KENINGAU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kesal kerana sebuah projek kerajaan yang bertujuan untuk menambah kelas sekolah di pedalaman terbengkalai dan kini terbiar sejak tiga bulan yang lalu. Ketua Penerangan parti itu, Rayner F.Udong berkata, usaha wakil-wakil rakyat , pemimpin-pemimpin masyarakat Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan projek tersebut demi kebaikan pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman, digagalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya pelaksana yang sepatutnya menyiapkan projek tersebut mengikut masa yang sepatutnya. “ PBRS menerima banyak aduan dari ibu bapa dan orang ramai yang prihatin dengan nasib bangunan tambahan di SK Luagan di sini, sesiapa pun melihatnya kerana ia berada di tepi jalan bersebelahan dengan hospital daerah,” kata Rayner. Menurut Rayner, pedalaman memerlukan lebih banyak bangunan tambahan di sekolah-sekolah luar Bandar, memandangkan kesesakan di bilik darjah, selain kekurangan kemudahan seperti pusat pentadbiran, asrama, dewan dan makmal.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:05
Read more...
-
Nilai dan fungsi gong
Written by admin
Sunday, 23 August 2009 09:06
GONG merupakan alat muzik yang diperbuat daripada tembaga dalam pelbagai bentuk, bunyi dan juga nama panggilan setiap gong. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakkan arena permainan muzik masyarakat di Sabah dan digunakan dalam upacara sosial. Di negeri Sabah amnya alat muzik ini berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum yang digunapakai bukan sahaja dalam pesta keramaian atau majlis perkahwinan tetapi alat ini juga digunakan dalam upacara ritual atau pengubatan orang sakit. Bagi suku kaum Kadazandusun satu ketika dahulu, alat muzik ini adalah harta yang tidak ternilai. Jika alat ini diwariskan turun temurun daripada nenek moyang mereka makanya peralatan ini dianggap sebagai harta pusaka, dan juga melambangkan keberadaan kepada empunya alat-alat berkenaan.
Di kepulauan nusantara ini kepergunaan peralatan gong berkaitrapat dengan kehidupan manusia dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis acara dan upacara. Bagi suku kaum Kadazandusun peralatan ini digunapakai hampir dalam kesemua upacara sosial seperti pesta Kaamatan, majlis perkahwinan dan kematian. Dalam acara pesta dan majlis perkahwinan pelbagai suku kaum di negeri Sabah menggunakan gong sebagai alat muzik untuk mengiring tarian namun bilangan peralatan itu tidaksama kerana ia mengikut keperluan setiap suku bangsa dan juga muzik berbeza. Dalam persembahan tarian, peralatan ini wajib untuk mengiringi tarian seperti sumazau atau sumayau bagi suku kaum Kadazandusun termasuklah tarian Mongigol dan Sumandai.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:36
Read more...
|
|