Terima kasih atas kunjungan anda

keningaukini

  • AWASI JENAYAH SIBER

    PDF Print E-mail

    KUALA LUMPUR: Pengguna Intenet, AWAS! Jangan memuat turun perisian dan aplikasi yang tidak diketahui, dan jangan sesekali membuka lampiran daripada penghantar yang tidak dikendali. Juga berhati-hati semasa melakukan transaksi dalam talian.

    Yang penting, dalam era teknologi baharu, dengan jumlah transaksi dalam talian semakin meningkat dalam ruang siber, pengguna Internet perlu terus berada di hadapan berbanding penjenayah siber.

    Read more...
 
  • Keningau:Penduduk perlu titik berat keselamatan harta benda, kata Zahari

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Polis Keningau berkata, penduduk Daerah Keningau ‘suka mencabar risiko’, dengan tidak menitik beratkan keselamatan harta benda mereka.

    Ketua Polis daerah itu, DSP Zahari Mohamad, berkata sepanjang dua minggu terakhir pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 16 buah rumah di kawasan beberapa taman perumahan di sini, ditinggalkan tanpa dikunci.

    Read more...
 
  • 3,000 PENDUDUK LALUI JALAN BAHAYA

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Lebih 3,000 penduduk di sepuluh kampung merayu supaya kerajaan menyelenggara jalan raya yang menjadi jalan perhubungan mereka sama ada ke daerah Nabawan dan Keningau.

    Kampung yang terbabit adalah Kg. Pengaraan, Kg. Pohon Batu A, Kg. Pohon Batu B, Kg. Sumbiling, Kg. Binanun, Kg. Nangkawangan, Kg. Lumiri Tengah, Kg. Mamagun, Kg. Likowon dan Kg. Susungoi.

    Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:43
    Read more...
 
  • Keningau:Polis temui tiga laras bakakuk

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Tiga laras senapang patah buatan sendiri (bakakuk) dijumpai polis di salah satu kawasan di batu 64 Jalan Nabawan-Sepulut kira-kira jam 4.30 petang pada Jumaat lepas.

    Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed, berkata tiga laras bakakuk itu dipercayai ditinggalkan oleh sekumpulan pemburu haram yang melarikan diri sebaik saja menyedari kehadiran polis yang membuat serbuan di kawasan itu.

    Read more...
 
  • Keningau:Pemilik senapang patah diberi tempoh sehingga 15 Julai baharui lesen

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Polis Keningau memberi tempoh sehingga 15 Julai ini kepada pemilik senapang patah untuk membaharui lesen mereka.“Jika tidak, lesen mereka tidak akan dibaharui sehingga bila-bila,” tegas Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamad.

    Ketua polis itu menekankan, proses pengemaskinian lesen senapang patah di daerah ini tidak dapat dilakukan, berikutan sikap dingin pemilik untuk membaharui lesen mereka.

    Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:45
    Read more...
 
  • Tenom:Waktu siaran radio Bahasa Murut dikaji

    PDF Print E-mail

    TENOM: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengkaji semula jadual siaran radio di Sabah agar ia memberi manfaat kepada penduduk khususnya di kawasan Pedalaman.

    Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, jadual yang tidak bersesuaian akan dikaji semula supaya ia menepati kehendak pengguna.

    Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:51
    Read more...
 
  • Keningau:Pemuda Umno minta Jeffrey perbetul diri sebelum kritik parti lain

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Pemuda Umno Sabah hari ini membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana cuba mencampuri urusan parti politik lain sedangkan perjuangan politiknya sendiri belum “terurus”.

    Ketuanya Azman Ruslan berkata Umno tidak perlu gusar dengan serangan pemimpin PKR itu yang cuba memburuk-burukan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mahupun Umno Sabah.

    Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:46
    Read more...
 
  • Nabawan : Kemudahan awam musnah akibat banjir akan diselenggara

    PDF Print E-mail

    NABAWAN: Beberapa kemudahan awam yang rosak dan musnah akibat banjir baru-baru ini di Pensiangan akan diambil perhatian dan diselenggarakan oleh kerajaan.

    Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, berkata kemudahan-kemudahan yang musnah seperti jeti akan dibina semula kerana ia adalah keperluan yang mendesak oleh penduduk kampung.

    Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:49
    Read more...
 
  • Pelajar Sekolah Henry Gurney masuk IPTA dibebas berlesen

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: "Ibu mana yang tidak gembira apabila anak yang terjerumus ke lembah gejala sosial akhirnya berubah dan diberi ruang membina masa depan. Saya harap anak saya sedar, bukan semua orang mendapat peluang kedua." Kelegaan itu diucap seorang wanita berusia lewat 40-an, ibu kepada seorang daripada tiga pelajar Sekolah Henry Gurney di sini, yang mendapat pembebasan secara berlesen. Doa yang tidak putus-putus supaya anak bongsu daripada empat beradik itu berubah sikap akhirnya dimakbulkan dan disifatkan ibunya sebagai pemberian paling bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.

    Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:47
    Read more...
 


Page 3 of 46

Online

We have 4 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan