Gerbang Informasi Daerah Keningau

kk3.jpg

keningaukini

  • "Tak Kenal Maka Tak Cinta" Kawasan Pensiangan

    PDF Print E-mail

    Oleh Rozie Jumat

    NABAWAN (Sabah), 12 Mac (Bernama) -- "Tak kenal maka tak cinta" - Itulah bunyi ungkapan yang sering bermain dalam fikiran Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi yang selama ini hanya mendengar keluhan rakyat Sabah dari jauh terutama yang berkaitan masalah sekolah di kawasan luar bandar di negeri ini.

    Berbekalkan keazaman untuk membela nasib warga pendidik dan pelajar sekolah di luar bandar, rombongan Kementerian Pelajaran baru-baru ini melakukan satu perjalanan yang jarang sekali dilakukan "Orang Kuala Lumpur".

    Read more...
 
  • Pencapaian menurun 0.46 peratus di Sabah

    PDF Print E-mail

    KOTA KINABALU 11 Mac - Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di Sabah menurun 0.46 peratus kepada 94.39 peratus berbanding 94.85 peratus pada tahun sebelumnya.

    Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah, Maimunah Suhaibul berkata, walaupun menunjukkan penurunan, tetapi pencapaian itu melebihi sasaran di peringkat kebangsaan iaitu 90.8 peratus.

    "Pencapaian SPM 2009 di Sabah mengatasi sasaran di peringkat kebangsaan kira-kira 3.6 peratus," katanya pada sidang akhbar di Maktab Sabah, Sembulan di sini hari ini.

    Katanya, jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lalu ialah 40,594 orang tetapi hanya 33,262 orang yang menduduki SPM 2009.

    Read more...
 
  • Keningau:Lelaki parah dalam kemalangan

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Seorang lelaki warga Indonesia keturunan Timor cedera parah dikepala dan tangan akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 8, jalan Keningau Tenom kira-kira jam 11.00 pagi pada Rabu.

    Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa Jim Kristiano 26, menerima rawatan awal di Hospital Daerah Keningau kemudian dirujuk ke QEH Kota Kinabalu.

    Read more...
 
  • Penduduk Mukim Nabawan mula hadapi kekurangan bekalan air bersih

    PDF Print E-mail

    NABAWAN: Kira-kira 7,000 penduduk dalam kawasan Mukim Nabawan akan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air ber- sih jika musim kemarau berlanjutan dalam tempoh sebulan lagi.

    Pemaju Mukim Nabawan Ampulas Kaluhu ketika ditemui kelmarin berkata, rata-rata penduduk di mukim ini bergantung kepada bekalan air dari Jabatan Air dan selebihnya bergantung kepada bekalan air paip graviti.

    Namun katanya, kebanyakan kampung di sekitar Pekan Nabawan seperti Kg. Murni, Kg. Malinja, Kg. Ria, Kg. Bahagia, Kg Lima dan beberapa buah kampung berhampiran kini mula sukar untuk mendapat bekalan air bersih.

    Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 10:10
    Read more...
 
  • Sabtu pertama Oktober tarikh sambut hari jadi Yang Dipertua Negeri Sabah

    PDF Print E-mail

    KOTA KINABALU 9 Mac - Kerajaan negeri menetapkan hari Sabtu pertama bulan Oktober setiap tahun sebagai tarikh baru sambutan hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri.

    Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman berkata, tarikh baru tersebut dibuat memandangkan tarikh sambutan hari jadi berkenaan sama dengan tarikh sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

    "Selaras dengan itu, tarikh sambutan hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri bagi tahun ini ialah pada 2 Oktober," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

    Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 09:54
    Read more...
 
  • Dua maut dalam kemalangan

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Tambunan – Kota Kinabalu dan Jalan Keningau – Apin-Apin pada Sabtu dan Ahad.

    Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, kemalangan maut pertama berlaku di kilometer 10, Jalan Tambunan – Kota Kinabalu pada Sabtu jam lebih kurang 8.00 malam membabitkan mangsa dikenali sebagai Jinggo Abdullah 49, penumpang lori satu tan setengah.

    Read more...
 


Page 1 of 47

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Online

We have 10 guests online

Citarasa

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Sabun Tahan Mengantuk

aqura2u.com

Auto Responder